New Zealand Statement to the Organisation of Islamic Cooperation Emergency Meeting - Malay translation

Ministry Statements & Speeches:

Malay translation of the statement delivered by Foreign Affairs Minister Winston Peters to the Organisation of Islamic Cooperation Emergency Meeting on the Christchurch terror attack.

Foreign Minister Statement to the Organisation of Islamic Cooperation Emergency Meeting

Kenyataan Menteri Luar Negeri kepada Pertemuan Kecemasan Organisasi Kerjasama Islam 

Rt Hon Winston Peters

Deputy Prime Minister

Foreign Affairs

Timbalan Perdana Menteri

Hal Ehwal Luar Negeri
 
New Zealand Statement to the Organisation of Islamic Cooperation Emergency Meeting on the Christchurch terror attack.

Kenyataan New Zealand kepada Pertemuan Kecemasan Organisasi Kerjasama Islam, dalam hal serangan ganas Christchurch. 

22 March 2019

22 Mac 2019

Istanbul, Turkey

Istanbul, Turki
 
Assalaam alaikum

As-salamu alaykum
 
Peace be upon you

Salam sejahtera
 
And peace be upon all of us

Dan salam sejahtera kepada semua
 
The words of the Prophet Mohammed peace be upon him, about feeding the hungry and greeting with peace those you know and those you do not know, are so seriously true. 

Kata-kata Nabi Muhammad SAW; tentang memberi makanan kepada orang yang lapar, dan salam dengan damai orang yang anda kenali dan tidak kenali, adalah sangat tepat.
 
Let us acknowledge our host country, Turkey, and President Erdogan.

Kita mengiktiraf negara tuan rumah kami, Turki, dan Presiden Erdogan.
 
At the invitation of His Excellency Mevlüt Çavuşoğlu, we felt it was critical that two members of the New Zealand Government’s Cabinet should travel here today.

Atas jemputan Kemuliaanya Mevlüt Çavuşoğlu, kami berasa bahawa ia adalah kritikal untuk dua anggota Kabinet Kerajaan New Zealand menghadiri pertemuan ini.
 
It is important that both of us join you at this extraordinary meeting to discuss the appalling terrorist attack on two mosques in Christchurch, New Zealand. 

Ia adalah penting untuk kami berdua menghadiri pertemuan yang luar biasa ini untuk membincangkan serangan pengganas di dua masjid di Christchurch, New Zealand.
 
We also acknowledge Foreign Minister colleagues who have changed their schedules to be here.

Kami juga mengiktiraf dan berterima kasih kepada rakan-rakan sekerja Menteri Luar Negeri, yang telah merubah jadual mereka untuk menghadiri sidangan ini.
 
We meet under the most appalling of circumstances. And to discuss how to respond to the sickening terrorist attack that took place in New Zealand one week ago today. 

Kami bertemu dalam keadaan yang paling dahsyat. Untuk membincangkan bagaimana kita harus bertindak terhadap serangan pengganas di New Zealand yang berlaku minggu lepas.
 
A day that changed our country – a day when a coward not from New Zealand attempted to terrorise us and tear us apart.

Ia adalah satu hari yang telah mengubahkan negara kita –  apabila seorang pengecut yang bukan rakyat New Zealand ingin bertindak ganas dan memishkan kami.
 
Last Friday in Christchurch, New Zealand, at worship on their holy day within the sanctuary of the mosque, our Muslims were attacked in an utterly callous and cowardly act of terrorism.  

Jumaat lepas di Christchurch, New Zealand, semasa jemaah untuk menunaikan sembahyang di masjid, umat Islam kita diserang dengan keganasan. Ia adalah satu kelakuan seorang pengecut.
 
Fifty people were murdered.  Fifty more were wounded. Many are still hospitalised.

Lima puluh orang telah dibunuh. Lima puluh lagi cedera. Ramai yang masih dirawati di hospital.
 
The Police response was instantaneous.

Anggota Polis telah bertindak dengan serta-merta.
 
The first police officers arrived at the scene of the attack within just 5 minutes, and within 21 minutes, the terrorist was arrested.

Pegawai polis berada ditempat kejadian dalam masa 5 minit, dan dalam tempoh masa 21 minit, pengganas itu telah ditangkap.
 
From here, this person will face the full force of New Zealand law. 

Dari sini, penganas ini akan menghadapi kuasa penuh undang-undang New Zealand.
 
He will spend the rest of his life in isolation in a New Zealand prison.

Dia akan menghabiskan sepanjang hayatnya secara sendirian di penjara New Zealand.
 
To ensure no stone is left unturned in his prosecution, our police have started mounting the largest investigation in our history in New Zealand.

Untuk memastikan tidak ada apa-apa yang terlepas dalam pendakwaannya, polis kami telah memulakan penyelidikan yang terbesar dalam sejarah New Zealand.
 
No punishment could match the depravity of his crime, but the families of the fallen will have justice. 

Tiada hukuman boleh menandingi kejahatan jenayahnya, tetapi kepada para keluarga yang terlibat, keadilan akan dilaksanakan.
 
This was an attack that affected Muslims most directly. 

Ini adalah serangan yang paling menjejas umat Islam secara langsung.
 
Innocent people who were killed as they practised their religion.

Orang-orang yang tidak berdosa terbunuh kerana mereka mengamali agama mereka.
 
In a country that practices religious tolerance, an attack on one of us, observing their beliefs, is an attack on all of us. 

Dalam negara yang mengamalkan sikap toleransi terhadap semua agama, serangan terhadap salah satu agama di negara kita, adalah serangan terhadap kita semua. 
 
New Zealanders across the length and breadth of our nation feel a profound sense of grief and loss. 

Seluruh negara New Zealand merasakan kesedihan dan kehilangan yang mendalam.
 
Millions have embraced their Muslim neighbours. 

Jutaan rakyat mendakap jiran Muslim mereka.
 
They have laid flowers at mosques up and down the country. 

Bunga-bunga menyeluruhi pintu masjid-masjid di seluruh negara.
 
They have stood watch in all of our main cities.

Rakyat-rakyat sekalian mengawal sekitar bandar-bandar utama.
 
And they have given money in aid of the victims – well over ten million dollars in a few short days have been donated by New Zealanders to their families.

Dan mereka telah menderma wang bantuan kepada mangsa – lebih daripada sepuluh juta dolar telah dikumpul dalam beberapa hari yang singkat. Sumbangan-sumbangan ini adalah daripada warga-warga New Zealand kepada keluarga-keluarga mangsa.
 
As a nation, we have and will pay respect to the dead, the maimed and the bereaved. 

Sebagai sebuah negara, kita memang dan akan menghormati mereka yang meninggal, yang lumpuh dan yang berkabung.
 
Together with our Prime Minister and leaders of our other political parties, we have been in Christchurch mourning with the families.

Bersama-sama dengan Perdana Menteri dan para pemimpin parti-parti politik negara kami, kami telah berada di Christchurch untuk berkabung bersama dengan keluarga-keluarga terlibat.
 
It was there that we were grateful to receive the visit of the Turkish Vice-President, His Excellency Mr Fuat Oktay and our Chairman today, Mr Çavuşoğlu, to pay their respects to the victims’ families. 

Ketika di sana, kami bersyukur menerima lawatan daripada Naib Presiden Turki, Tuan Yang dihormati Encik Fuat Oktay dan Pengerusi hari ini, Encik Çavuşoğlu, untuk memberi penghormatan kepada keluarga mangsa.
 
We also acknowledge the many planned visits from others represented here.

Kami juga mengiktiraf and berterima kasih kepada para wakil-wakil di sini yang telah merancangkan lawatan yang sama.
 
Our Parliament convened earlier this week to mourn. 

Parlimen kami bersidang awal minggu ini untuk berkabung.
 
This is the most ethnically diverse Parliament in New Zealand’s history and it opened for the first time with an Islamic prayer in the presence of several Imams and representatives of many other faiths. 

Ini adalah Parlimen yang mempunyai paling pelbagai etnik di dalam sejarah New Zealand dan pertama kali sidangan ini dibuka dengan doa Islam di hadapan beberapa Imam dan wakil-wakil agama lain.
 
Today in New Zealand our country stopped for a call to prayer followed by two minutes silence.

Hari ini di New Zealand, seluruh negara berhenti untuk panggilan untuk berdoa, diikuti oleh dua minit berdiam untuk mengingati mangsa-mangsa yang terbabit.
 
This time next week, we will have a national memorial service. 

Pada minggu depan, kami akan mempunyai hari peringatan negara.
 
We hope many at this forum will be represented. 

Kami harap ramai di forum ini akan diwakili.
 
None of this, of course, could ever be an adequate expression of our national grief.

Bagaimanapun, tidak satu daripada ini boleh menjadi ungkapan yang mencukupi bagi kesedihan negara kita.
 
Our Government is providing every support to the living victims of this despicable attack.

Kerajaan kami akan memberi segala bantuan kepada mangsa-mangsa yang terselamat dalam serangan yang menyedihkan ini.
 
We will look after them. 

Kami akan menjagai mereka.
 
Ensuring Muslim communities in New Zealand feel safe and secure is a particular focus. 

Memastikan masyarakat Islam di New Zealand berasa selamat adalah tumpuan khusus.
 
Police stand guard outside all mosques to ensure people can pray in peace.  And there is an elevated police presence throughout the country.

Pegawai-pegawai polis mengawal diluar masjid-masjid untuk memastikan orang Islam boleh berdoa secara aman. Dan kehadiran polis di seluruh negara sudah ditinggikan.
 
New strict gun control measures have already been announced. 

Langkah baru untuk kawalan senjata yang ketat telah diumumkan.
 
We will confront the way social media is used to spread vile hatred. For extremism has no race, religion or colour. 

Kita akan menghadapi cara media sosial digunakan untuk menyebarkan kebencian. Ekstremisme tidak mengenal kaum, agama atau warna.
 
It must be condemned, whatever form it takes.

Ia mesti dikutuk, dalam semua bentuk yang diperlukan.
 
A full inquiry will be conducted to help to do everything we can to stop such a senseless attack in the future.

Penyiasatan penuh akan dikendalikan untuk membantu kami mengelakkan serangan seperti ini diulangi.
 
Whenever and wherever a terrorist strikes, the aim is to provoke fear and panic. In New Zealand, it has failed. 

Setiap matlamat serangan pengganas adalah untuk menimbulkan rasa ketakutan dan panik. Di New Zealand, ia telah gagal untuk berbuat demikian.
 
It failed because our thoughts are not the terrorist’s thoughts, and his extremist ways are not our ways. 

Ia gagal kerana pemikiran kita tidaklah sama dengan pemikiran pengganas, dan cara ekstremisnya bukan cara kita.
 
And to be clear, in New Zealand hate speech is not tolerated.

Dan untuk menjadi jelas, ucapan kebencian tidak ditoleransi di New Zealand.
 
While everything else may have changed in our country on 15 March, New Zealand’s essential character has not and will not.

Walaupun segala yang lain telah berubah di negara kita pada 15 Mac, keperibadian dan sifat New Zealand tidak, berubah dan tidak akan berubah.
 
New Zealand is and will remain a safe and open society. A place where our international visitors feel comfortable and secure. 

New Zealand adalah dan tetap akan menjadi masyarakat yang damai dan terbuka. Sebuah negara di mana pengunjung antarabangsa berasa selamat dan selesa.
 
We are a compassionate, tolerant people. This horrific attack cannot shake those core values, because this is who New Zealanders are.

Kami mempunyai belas kasihan, dan toleransi terhadap semua. Serangan keganasan ini tidak akan menggoncangkan nilai teras kami, kerana ini adalah sifat kami di New Zealand.
 
We have been overwhelmed by messages of sympathy, of support and of solidarity that have come from our friends all across the world. 

Kami amatlah terharu dengan mesej-mesej simpati, sokongan dan perpaduan yang diterima daripada rakan-rakan kami di seluruh dunia.
 
We have been humbled to have the global Muslim community stand with us in our bleakest hour. 

Kami berasa rendah diri kerana masyarakat Islam diseluruh dunia adalah bersama kami dalam masa yang suram ini.
 
Today, tomorrow and into the future, let us continue to stand together in stamping out the hate-filled ideologies that led to last Friday’s terrible tragedy.

Marilah kita terus berdiri bersama-sama pada hari ini, esok dan ke masa depan, dalam menghancurkan ideologi yang penuh kebencian yang membawa tragedi yang dahsyat pada hari Jumaat lepas.
 
Out of despair, let us work with a renewed vigour to spread tolerance, compassion and understanding.

Dari keputusasaan, marilah kita bekerjasama dengan semangat baru untuk menyebarkan toleransi, belas kasihan dan pemahaman.
 
Shukran - Al salaam Alaikum 

ENDS

Top

We use cookies and other tracking technologies to improve your browsing experience on our website, to analyze our website traffic, and to understand where our visitors are coming from. You can find out more information on our Privacy Page.